headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9





















SOALAN LAZIM MENGENAI EMAS DAN PERAK PUBLIC GOLD

Antara soalan-soalan yang selalu ditanya adalah seperti berikut:-

 
1- PublicGold ni Public Bank ke? Macamana konsep dia? MLM ke?

Sebenarnya PublicGold dan Public Bank adalah dua entiti atau institusi berbeza. PublicGold hanya melibatkan diri dalam jual beli emas . Public Gold berpusat di Bukit Jambul, Pulai Pinang dan mempunyai beberapa cawangan lain serta mempunyai agen sah di seluruh negara.

Konsep asasnya ialah =>anda beli emas anda dapat jongkong emas di tangan anda, anda beli dinar anda dapat dinar di tangan.

2. Multi Level Marketing (MLM) ke?

TIDAK. Konsep Public Gold bukan MLM.

3- Emas atau perak ini tulen ke?  

Emas  yang dijual adalah mengikut ketulenan 916 dan 999.9. Setiap emas dan perak dijual mempunyai sijil ketulenan yang sah dengan pengesahan independent assayer/ penilai yang bebas! Anda boleh uji ketulenan di mana-mana ar-rahnu!

4- Emas ini mahal lah...!!

Betul, emas memang mahal sebab ia logam berharga dan semua orang mengakui ia bernilai! Pernahkah anda menemui orang berkata emas ini tidak bernilai?? Anda hanya merasakan emas murah apabila membandingkan harga emas sekarang dengan harga emas tahun lepas atau beberapa tahun lalu. Ramai yang menyesal dan berkata "menyesal aku tak beli tahun lepas, sekarang harga emas dah mahal" . Anda akan berkata demikian pada tahun hadapan sekiranya tidak membeli emas sekarang.

5. Kalau beli emas, kat mana nak simpan?

Kalau belum beli emas jangan risau. Beli dulu baru risau nak simpan kat mana?
Kalau nak tahu cara selamt nak simpan emas klik di sini


6- Kalau beli emas hari ni boleh ke untung esok atau seminggu atau sebulan?  

Kalau anda jenis fikirkan keuntungan segera dan jangka pendek, emas  kurang sesuai untuk anda kerana ianya adalah komoditi dan mengalami turun naik harga dalam jangka masa pendek. Tapi long term emas  dalam posisi menaik. Sebagai pelabur anda sudah tentu bijak mengawal emosi dalam pelaburan, bukan? Emas adalah matawang sebenar dan kalis inflasi! .

Kalau anda boleh tunggu setahun untuk pelaburan ASB, begitulah juga dengan emas.

7. Kenapa memilih Public Gold yang dimiliki oleh Cina?

Itu terpulang..... Tidak pernah ada larangan dalam agama untuk bermuamalat. Hatta  Rasulullah sendiri bermuamalat dengan Yahudi  walaupun sahabat Baginda sendiri ada yang berniaga. Siapa yang lebih telus dan urusniaganya patuh syariah, itu yang saya pilih walau pun bukan muslim.  

Dalam pemerhatian saya sejak 2010, Public Gold merupakan platform jual beli emas paling telus dan trusted di Malaysia. Dari sudut operasi, saya boleh katakan Public Gold lebih "muslim" berbanding ramai peniaga muslim yang guna sentimen agama untuk tutup kelemahan sendiri.  Dari kelemahan itulah ramai pelabur dari kaum sendiri telah tersontot disebabkan digula-gulakan dengan sentimen agama dan perkauman yang melampau untuk menutup kelemaham sistem manipulasi  emas yang tidak masuk akal. Ramai juga yang saya kenal mereka yang memainkan isu ini sebenarnya tidak jujur dengan apa yang diperkatakan. Mereka hanya meminta orang ramai supaya tidak membeli emas dari syarikat bangsa dan agama lain supaya orang ramai membeli emas yang mereka jual, dalam masa yang sama mereka sendiri bermuamalat dengan syarikat kepunyaan bangsa dan agama lain dalam memberi barangan bukan emas seperti ikan, kereta, rumah dan sebagainya.


 8- Kalau berniaga emas untung banyak ke?

Ada berniaga untung banyak atau sedikit bergantung kepada usaha kita mempromosi kan produk jualan dan bagaimana kita meyakinkan pelanggan. Setiap apa yang kita lakukan ada risk and reward, cuma macamana kita meminimumkan risk itu terpulang setiap individu. Langkah berjaga-jaga amat perlu. Anda juga perlu pertimbangkan reward dalam berniaga. Setiap jualan anda sebagai normal dealer akan dapat 1% komisyen, priority dealer 1.5% dan master dealer 2%. Saya boleh katakan berniaga emas ni tak ada risiko kerana kalau tak laku pun anda tak rugi. Anda boleh jual balik emas kepada Public Gold apabila harga emas naik. Emas Public Gold mempunyai jaminan belian balik (buy back guarantee)
 
















































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang