headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9




















SINDIKET CAGAR EMAS TIRUAN TUMPAS
(Berita Harian 28 Julai 2012)



Sebelum ini saya telah memuatkan beberapa artikel  mengenai dua (2) perkara penting (secara umum) yang perlu dielakkan oleh pelabur-pelabur emas untuk mengelakkan mereka menyesal kemudian hari. Perkara penting yang perlu dielakkan oleh pelabur ialah:

a) Berwaspada dengan pelaburan emas yang menjanjikan pulangan pelaburan secara bulanan. Sindiket/syarikat/individu akan mengaburi pelabur dengan nama-nama pulangan yang berbunyi islamik seperti hibah, bonus, untung dan sebagainya. 

b) Berwaspada dengan pelaburan emas yang menawarkan anda hanya membuat bayaran pembelian sebahagian sahaja (contoh:30%, 35% dan sebagainya).  Bakinya anda dikehendaki oleh sindiket/syarikat/individu mencagarkan kepada bank/Ar-Rahnu atas nama anda. Wang cagaran yang diperolehi akan diambil oleh sindiket/syarikat/individu dan andalah yang akan menanggung hutang dengan bank/Ar-Rahnu. 

Berikut ialah artikel saya sebelum ini  (Anda boleh membaca dengan meng "klik" tajuk artikel)

  1. AWAS!! Elakkan Skim Pelaburan Emas dan Skim Cepat Kaya
  2. FATWA : Jual Beli dan Pelaburan Emas Genneva Sdn Bhd tidak menepati syara'/hukum Islam
Walaubagaimana, pada hari ini (29 Julai 2012 iaitu tarikh artikel ditulis) saya amat sedih apabila membaca laporan di Berita Harian mengenai  rakyat Malaysia masih giat ditipu oleh sindiket/syarikat/individu tertentu ketika pelaburan emas hangat diperkatakan di sana-sini kerana pulangannya yang agak lumayan. Tapi agak lega kerana sindiket berkenaan dilaporkan berjaya ditumpaskan.

Oleh itu, perlu diinagtkan sekali lagi kepada para pelabur yang telah terjebak dengan modus operandi pelaburan emas syarikat/individu seperti di (a) dan (b) di atas supaya beralih segera kepada pelaburan emas syarikat tempatan, Public Gold, yang lebih diyakini, mendapat kelulusan Bank Negara, diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record dan lain-lain pengiktirafan, mempunyai kilang emas/perak sendiri di Pulau Pinang dan 18 cawangan (setakat ini) di seluruh negara.


Mari kita ikuti laporan penuh Berita Harian hari ini (29 Julai 2012)


LAPORAN PENUH BERITA HARIAN 29 JULAI 2012

Bank sekitar ibu negara alami kerugian RM36.6 juta


Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur menumpaskan satu sindiket yang mencagar emas tiruan melalui skim pajak gadai Islam, Ar-Rahnu di beberapa bank sekitar ibu negara membabitkan kerugian RM36.6 juta. 

Kejayaan itu, susulan penahanan lima anggota sindiket berperanan sebagai ‘keldai’ yang menggadaikan tembaga disadur emas untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.


"Setakat ini, kita menerima enam laporan polis di ibu kota berhubung sindiket gadaian emas tiruan membabitkan skim Ar-Rahnu":. - Izany Abdul Ghani, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani, berkata RM36.6 juta itu adalah sebahagian daripada keseluruhan RM75 juta yang dilaporkan di seluruh negara.

Setakat ini, kita menerima enam laporan polis di ibu kota berhubung sindiket gadaian emas tiruan membabitkan skim Ar-Rahnu di bank tempatan.

“Hasil siasatan dijalankan, kita menahan lima suspek termasuk seorang wanita berusia 24 hingga 33 tahun sekitar ibu negara sepanjang minggu lalu bagi membantu siasatan,” katanya kepada BH, semalam.

Izany berkata, siasatan mendapati semua suspek berperanan sebagai orang tengah iaitu menggadaikan emas tiruan dibekalkan dalang sindiket yang masih dalam buruan polis.

Sindiket untung berganda

Sementara itu, Timbalan Pengarah 1 JSJK Bukit Aman, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata ada sindiket meraih keuntungan berganda dengan menggunakan orang ketiga untuk menebus emas tiruan yang digadai mereka.

Katanya, modus operandi sama pernah dikesan sebelum ini, iaitu anggota sindiket menggadaikan emas tiruan melalui skim Ar-Rahnu di bank dan menerima nilai gadaian, kemudian menjual surat gadaian kepada orang ketiga.

Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah bank dan orang ketiga.

Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan, satu sindiket dikesan mencagarkan emas tiruan melalui skim Ar-Rahnu di cawangan bank di seluruh negara mengakibatkan kerugian kira-kira RM75 juta.

Sindiket itu dikesan menggunakan modus operandi dengan menyadur kepingan tembaga menggunakan emas tulen.



















































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang