headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9




















RAHSIA TAUKEY EMAS

Secara amnya kebanyakan tokey kedai emas mengamalkan formula 3P iaitu Penyimpan, Pelabur dan Peniaga.

Mereka menyimpan emas (stok barang kemas), kemudian mereka juga bertindak sebagai pelabur dengan membeli semasa harga emas rendah dan mengaut keuntungan bila harga emas naik bila menjual emas tersebut kepada pelanggan.

Di sini mereka menyimpan, melabur sambil berniaga. Maksudnya mereka menyimpan sesuatu barang/benda untuk kepentingan mereka sendiri (malah nilai benda yang disimpan sentiasa meningkat) disamping menjualnya kepada orang ramai jika ada permintaan.

Kebanyakan orang bercita cita untuk menjalankan perniagaan sendiri kerana kita sering mendengar hadis yang mengatakan 9/10 rezeki adalah dari bidang perniagaan. Namun tidak ramai yang ‘mampu’ menikmatinya atas pelbagai alasan. Ramai yang ingin mencapai ‘financial freedom’ tetapi tidak sanggup membayar ‘harga’nya.

Ramai yang mencari jalan mudah, ringkas dan cepat. Mereka cukup taksub dengan konsep 4D ( Duduk Diam Dapat Duit). Malah saya sendiri sering ditanya soalan seperti berikut:

"Kalau saya beli emas dengan encik boleh jadi kaya ke?”

”Berapakah pendapatan bulanan saya jika saya membeli RM 10K emas fizikal”.


Setahu saya tiada seorang pun jutawan tulin di Malaysia yang mencapai tahap jutawan dengan cara begitu mudah.

Bagi saya , selidiki dengan teliti sebelum menyertai mana-mana peluang perniagaan atau pelaburan. Jangan pandang pada janji-janji manis tetapi pandang pada fakta-fakta yang sahih melalui kajian. Untuk formula 3 P yang diamalkan oleh tokey-tokey kedai emas iaitu penyimpan, pelabur dan peniaga saya sarankan anda menyelami maksud yang tersurat dan tersirat apa yang di maksudkan dengan “ kita menyimpan sesuatu barang/benda yang sentiasa meningkat nilainya kemudian menjualnya kepada orang lain bila ada permintaan”. Inilah dinamakan Laba Emas

Salah satu barang/benda yang menepati kata kata di atas adalah emas fizikal kerana emas tiada tarikh luput atau ‘expiry date’ malah semakin lama di simpan semakin tinggi nilainya.

Patutlah emas dan perak di kenakan zakat. Malah dalam Al Quran, banyak ayat yang menyentuh perihal emas dan perak. Tingginya darjat emas bukan di dunia malah di syurga penghuninya juga di anugerahi dengan emas.

Berbalik kepada kisah rahsia tokey emas tadi, kalau emas yang mereka miliki tidak terjual sekali pun mereka tidak akan rugi kerana emas yang mereka miliki dianggap sebagai simpanan/aset untuk masa depan yang nilai sentiasa meningkat.


Ada yang mengeluh “ siapa nak beli emas kerana harganya yang makin mahal” . Betul harga emas memang mahal dan akan bertambah mahal dari hari ke hari namun orang tetap membelinya terutama mereka yang celik emas. Perhatikan kedai emas seperti Poh Kong, Habib Jewels dan lain lain semakin banyak dan tidak pernah tutup walaupun pelanggannya tidak lah seramai pelanggan yang mengunjungi pasar malam.
 
















































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang