headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI


"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9




















PUBLIC GOLD MENDAPAT KELULUSAN
BANK NEGARA MALAYSIA
DAN DIIKTIRAF OLEH
MALAYSIA BOOK OF RECORD DAN PEMIMPIN TERTINGGI NEGARA

Public Gold atau nama penuhnya Public Fine Gold International Sdn Bhd sememangnya diyakini oleh pelabur dan pembeli emas dan perak.

Public Gold adalah syarikat pengilang dan pedagang (jual beli) tempatan  yang telah mendapat kelulusan Bank Negara Malaysia (BNM) dan produknya iaitu terdiri dari jongkong emas dan jongkong perak telah pun diiktiraf oleh Malaysia Book Of Record sejak awal penubuhannya lagi iaitu pada tahun 2008. Pengiktirafan ini merupakan yang pertama kepada syarikat pengeluar dan pedagang jongkong emas dan perak tempatan. Pada peringkat permulaan, perniagaan Public Gold hanya tertumpu di Pulau Pinang dan kawasan utara Semenanjung Malaysia sahaja.

Kelulusan Bank Negara Malaysia

Pengiktirafan Jonkong Emas Public Gold oleh
Malaysia Book Of Record

Pengiktirafan Jongkong Perak Oleh
malaysia Book  Of Record


Kini, Public Gold berkembang pesat dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara bagi memudahkan dealer-dealer mengambil stok emas dan perak. Public Gold juga mempunyai anak syarikat iaitu Public Dinar yang mengeluarkan syiling Dinar Emas dan Public Jewellery yang mengeluarkan barang-barang kemas investment series (atau i-series).

Dengan perkembangan pesat dan kepercayaan para penyimpan dan pelabur emas, Public Gold kini telah mempunyai wismanya sendiri yang dipannggil Wisma Public Gold di Kawasan Perindustrian Bayan Lepas yang menggabungkan kilang emas dan perak serta  Ibu Pejabat Public Gold dan anak syarikat dalam satu bangunan di kawasan yang sama. Ia telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada 15 Mac 2012 yang lalu.



Perasmian oleh pemimpin tertinggi negara oleh Ke Bawah Duli Permaisuri Agong tersebut menunjukkan bahawa Public Gold telah diberi pengiktirafan yang amat besar dalam sejarah kegemilangan emas dan perak yang menunjukkan keyakinan yang sangat tinggi oleh pelabur dan peminat-peminat emas dan perak.

Sebenarnya Public Gold sebagai pengilang, pengeluar dan pedagang (jual beli) emas telah pun diiktiraf oleh pemimpin negara sejak awal penubuhannya lagi. Dengan adanya kilang sendiri, Public Gold dapat menjual emas dan perak keluarannya pada harga yang lebih rendah kerana kos pengeluarannya tidak bergantung kepada pihak ketiga.

Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad sangat menggalakkan rakyat Malaysia menyimpan emas.

'Matawang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan mewakili nilai sebenar (intrinsic value) namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia" katanya dalam satu sidang akhbar.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad
bersama emas Public Gold

Beliau juga adalah seorang pemimpin yang berwawasan dan berpandangan jauh terhadap simpanan dan pelaburan emas dan perak yang pada asalnya adalah matawang sebenar bagi umat Islam sehingga beliau pernah menggelar matawang Dollar Amerika sebagai tisu tandas yang tiada nilai

 
Respon dan nada yang yang sama telah disuarakan oleh Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat iaitu Menteri Besar Kelantan (Mursyidul Am PAS) supaya anggota gabungan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) menggunakan Dinar Emas untuk menghalang Amerika Syarikat dan Yahudi terus menguasai ekonomi dunia. Beliau mempersoalkan jika Kesatuan Eropah boleh menggunakan matawang Euro sebagai matawang sendiri, kenapa tidak OIC.


Pada hari ini dunia telah menyaksikan kegagalan sistem matawang kertas apabila krisis Greece berlaku. Begitu juga dengan Dollar Amerika di mana Amerika Syarikat pada hari ini mempunyai hutang yang amat tinggi sehingga trillion dollar.

















































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang