headerbanner
HUBUNGI 012-2516990 UNTUK MEMBELI EMAS/PERAK PUBLIC GOLD. SEKIRANYA ANDA DATANG SENDIRI KE MANA-MANA CAWANGAN PUBLIC GOLD, SILA BERITAHU KAKITANGAN BERTUGAS NO KOD DEALER SAYA PG015618 (JAMALUDDIN RAMLI) SEBAGAI INTRODUCER..TERIMAKASIH
 

ARTIKEL TERDAHULU
KLIK DI SINI

"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)" HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

"Penggunaan Dinar dan Dirham sebagai suatu usaha menegakkan sistem ekonomi yang lebih adil dan telus. Emas tidak sama dengan matawang kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa" TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD.

"To save your family buy gold, To help our nation keep gold, To follow your religion, use gold" DATO' LOUIS NG.

"
Kita perlu melihat dari segi pulangan. Kalau ada pelaburan yang memberi pulangan yang lebih tinggi (iaitu pelaburan emas) elok kita cari yang ini.....atau pun kita pelbagaikan pelaburan kita.." SARANAN ALLAHYARHAM DATO' SALLEH MAJID DALAM PROGRAM BIJAK WANG TV3

Laporan Pelaburan Emas Oleh BERNAMA


Pelaburan Emas Program Bijak Wang TV3

Public Gold Dalam Program
 AC Disini Astro


Laporan Khas Pelaburan Emas Dalam TV9




















PERBEZAAN  PELABURAN EMAS DAN PELABURAN HARTANAH


Apabila bercakap mengenai pelaburan kita tak dapat lari dari membincangkan mengenai topic pelaburan hartanah dan pelaburan emas? Kenapa ye...? Sebabnya kedua-dua pelaburan tesebut membawa keuntungan. Sudah tentu pelaburan apa pun asalkan boleh membawa untung akan menjadi tajuk perbualan dan perbincangan. Kalau kita ada duit banyak saya syorkan kita melibatkan diri dalam kedua-dua pelaburan tersebut. Banyak buku-buku dijual di luar sana mengenai topik-topik pelaburan yang ditulis oleh para pelabur berjaya dan ramai antara mereka telah pun bergelar jutawan.

Perbezaan kedua-dua pelaburan hartanah dan pelaburan emas boleh dibincangkan dari beberapa segi seperi berikut:

RISIKO PELABURAN

Kedua-dua pelaburan boleh dikatakan tiada risiko kerugian kerana dalam jangka masa panjang harganya akan naik. Kedua-duanya adalah penyimpan nilai terbaik terhadap modal pelaburan kita dalam jangkasama panjang. Sebab itulah pelaburan emas dan hartanah menjadi topik yang hangar pada masa ini berbanding saham yang risikonya tidak menentu. 

LIQUDITI / KECAIRAN ASET

Emas merupakan aset yang lebih cair berbanding hartanah. Ini bermakna, sekiranya kita memerlukan wang dengan segera, emas lebih mudah untuk dijual (dicairkan) kerana tidak memerlukan banyak masa dan proses.

Dengan adanya simpanan emas, kita juga boleh mendapatkan wang segera dengan memajakkan emas tersebut di ArRahnu dengan bayaran upah simpan yang rendah.

Untuk menjual hartanah kita terpaksa melalui beberapa proses seperti proses tukar hakmilik yang memakan masa 4 - 6 bulan dan mungkin lebih lama bergantung kepada status freehold atau leasehold yang melibatkan banyak pihak seperti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), guaman dan sebagainya.

ALIRAN WANG TUNAI (CASH FLOW)

Dengan membeli hartanah kita boleh menyewakan kepada penyewa-penyewa dengan bayaran secara bulanan. Ini dapat membantu kita menambah pendapatan dan seterusnya memberi cash flow tambahan di samping pendapatan kita yang routin seperti gaji, perniagaan dan sebagainya. Jika kita bijak dalam pelaburan hartanah, ia akan memberikan cash flow yang positif (iaitu jumlah sewa yang diperolehi melebihi modal bayaran pinjaman bank + maintenance). 
Bagi pelaburan emas, tiada cash flow secara bulanan. Wang yang gunakan untuk membeli emas akan bertukar menjadi ketulan dan kepingan emas sampai bila-bila sehingga kita menjual emas tersebut. Pulangan akan diperolehi setelah kita menjual emas tersebut apabila harganya melebihi harga belian (modal asal).

LOKASI

Harga/nilai hartanah adalah bergantung kepada lokasi tetapi emas tidak. Nilai hartanah agak tinggi di kawasan bandar dan kawasan komersil kerana permintaan yang tinggi di kawasan tersebut samada nilai sewaan atau harga hartanah itu sendiri.

MODAL PELABURAN

Kita memerlukan modal yang besar dan agak tinggi untuk melabur dalam hartanah. Kalau kita ambil contoh hendak membeli rumah di Lembah Klang, sekurang-kurangnya kita mesti ada RM50,000 untuk membeli sebuah rumah pangsa sederhana kecil 2 atau 3 bilik. Jika ingin membeli rumah teres, sekurang-kurangnya kita kena bersedia dengan wang melebihi RM200,000. Sebab itulah kebanyakan kita hanya mampu untuk membeli sebuah rumah sahaja untuk didiami. Hanya segelintir sahaja yang mampu membeli rumah melebihi sebuah untuk pelaburan dan disewakan kepada orang lain. Itu pun hanya yang mempunyai gaji atau pendapatan yang agak tinggi, pegawai tinggi atau pasangan suami isteri yang bekerja di mana si suami membuat pinjaman bank membeli rumah pertama dan si isteri pula membeli rumah kedua.

Untuk memulakan pelaburan emas pula, tidak memerlukan modal yang tinggi. Contohnya untuk membeli sekeping syiling emas 1Dinar Public Gold hanya memerlukan RM750 sahaja (harga pada 3 April 2012). Pelaburan emas boleh dimulakan dan ditambah sedikit demi sedikit (ibarat pepatah "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit") mengikut kemampuan atau wang lebihan dari pendapatan/gaji bulanan.

POTENSI KEUNTUNGAN PELABURAN

Membeli emas dan hartanah memang mempunyai potensi keuntungan pelaburan yang menarik. Kenaikan harga emas sejak 5 tahun dahulu telah mencapai  melebihi 200% dan ini bermakna secara purata kenaikannya ialah melebihi 40% setahun. Manakala kenaikan harga hartanah adalah mengikut kawasan. Hartanah di kawasan Kuala Lumpur yang berharga RM200,000 tahun dahulu barangkali harganya sudah mencecah setengah juta pada hari ini, tetapi kenaikan hartanah di kawasan luar bandar atau di kawasan kampung agak perlahan.

Keuntungan pelaburan emas boleh diperolehi dengan cepat sebaik sahaja kita menjual balik simpanan emas kita walau pun dijual sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Umpamanya jika kita memerlukan wang RM5,000  kita hanya perlu beberapa keping syiling 1 Dinar sahaja dan tidak perlu menjual kesemua simpanan emas.  Walaubagaimana pun bagi pelaburan hartanah, kita tidak boleh menjual sedikit-sedikit atau sebahagian dari rumah.

INSURAN

Apabila kita membeli hartanah, kita terpaksa (syarat) ambil MRTA. Kalau tiada insuran siapa nak tanggung hutang bank sekiranya terjadi sesuatu ke atas kita sedangkan hutang masih belum habis dibayar? Bukannya mudah hendak menyelesaikan hutang hartanah orang yang sudah meninggal kerana ia melibatkan pelbagai proses pindahmilik selepas kematian. Oleh itu, MRTA menjadi syarat utama apabila kita membeli hartanah.

Dalam pelaburan emas, terpulang kepada kita ingin membeli insuran atau tidak. Tanya saja kepada ejen-ejen insuran di luar sana sudah tentu ada pakej insuran yang memelihara keselamatan kita. Tetapi adakah berbaloi membeli insuran setakat melabur emas 20 gram? Lainlah kalau mampu membeli 1Kg emas barulah berbaloi. Susah-susah sangat simpan saja emas dengan menyewa peti keselamatan yang mempunyai insuran, bayarannya pun sangat murah hanya lebih kurang RM250 setahun...hati senang, fikiran pun tenang.

KEMUDAHAN PINJAMAN

Untuk membeli hartanah banyak kemudahan pinjaman disediakan oleh pihak institusi kewangan dan tempoh pinjamannya pun agak panjang. Walau bagaimana pun setakat ini tiada kemudahan pinjaman untuk kita membuat pelaburan emas. nampaknya terpaksalah kita membuat pinjaman peribadi (personal loan) untuk memulakan atau menambah simpanan emas. Sekarang ini pihak bank telah banyak menawarkan pinjaman peribadi dengan tempoh pinaman yang agak panjang. Bagi kita yang telah pun mempunyai simpanan emas, mereka boleh menambah dana untuk membeli emas tambahan dengan memajak emas sedia ada kepada ArRahnu. Wang pajakan emas di ArRahnu biasanya antara 65% - 70% dari nilai marhun (nilai emas yang dinilai oleh bank berdasarkan harga semasa bank).


Perbezaan di atas hanya sebahagian sahaja yang dapat ditulis di sini. Sebenarnya memang banyak perbezaan antara pelaburan emas dan pelaburan hartanah ni. Kesimpulan di sini ialah bukannya kita nak merendah-rendahkan pelaburan yang mana lebih baik atau yang mana lebih buruk sebab kedua-dua pelaburan ini memang baik sebab kedua-duanya memberi keuntungan. Oleh itu, pelbagaikan pelaburan kita untuk mendapat lebih keuntungan.

KLIK DI SINI UNTUK MEMBELI EMAS / PERAK
ATAU HUBUNGI 012-2516990















































































































Authorised Public Gold Dealer
JAMAL (Kod PG015618)
TEL : 012-2516990
emas_anda@yahoo.com



Bilangan Pengunjung


Sijil Pengiktirafan
Malaysia Book Of Record


SjilMsiaBookOfRecord

Kelebihan Menyimpan Emas

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu.

2. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli  mengikut Islam

8. Pelaburan selamat tanpa perlu menyerahkan emas kepada pihak lain. Kalau emas banyak simpan dalam peti simpanan selamat

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Boleh dipakai, disentuh, dipegang dan dilihat .

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13.  Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalamnegeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21.  Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrup

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru

27.  Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta dan dikawal oleh kerajaan

28.  Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga. M.Nasir memberikan hantaran Dinar emas semasa berkahwin dengan Marlia  Musa.

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas pada asalnya adalah matawang